FOLLICLE STIMULATION BEFORE OVUM PICK UP (OPU)
Assalamuaikum and hi semua
Today is 27th February 2022. Maaf sebab I tak ada masa untuk update blog. Tapi I nak you all tahu di waktu ini I dah selesai first IVF.
Pada bulan 6, 2021. My Husband and I decided to proceed with our IVF since kewangan dah cukup dan memandangkan I banyak Work From Home because of Covid. OK first appointment dengan prof, prof explain yang I perlu jalani proses Ovum Pick Up (OPU). Wanita kebiasaannya akan mengeluarkan satu biji telur (ovum) setiap bulan. Tetapi dalam IVF, kita akan diberi pelbagai jenis ubat untuk make sure hormon kita di tahap optimum, telur yang dihasilkan berkualiti, dan kebiasannya telur kita akan jadi banyak. Lebih banyak telur yang dihasilkan, lebih banyak telur yang boleh disenyawakan dengan sperm suami, dan jika diizinkan mereka bersenyawa dengan baik, maka banyak la embryo yang boleh disimpan. Biasanya pasangan yang buat IVF ni memang berharap embryo banyak dan sihat. Kerana embryo boleh dibekukan. Dan boleh pindah masuk ke dalam rahim (Embryo Transfer=ET) pada bila bila masa.
Ok berbalik pada cerita I ya. so pada 1 July 2021, my first day of menses. First menses I dah start medication untuk hormon. On the third day of menses, start injection untuk help my ovum membesar dengan cantik before FET nanti. Part inject ni memang I serahkan pada suami, sebab I takut nak inject sendiri.
so Menopour ni kena inject di perut every morning. Dose adalah bergantung kepada badan masing masing. Kebiasaanya doctor akan mulakan dengan dos rendah, bila telur bagi respon yang baik, dos akan kekal. Tapi kalau telur degil, doctor akan add on dose. Injection ni ada mcm mcm jenis ok. In my case , I pakai menopour ni. But kalau you all baca IVF orang lain, might be lain jenis injectionnya. Tapi apa apa pun, tujuannya satu je, untuk rangsang telur kita. Telur I maksudkan di sini ialah Ovum tau. Hehe.
Cycle Day 3 I start menopour dengan dose 255 iu. Continue sehingga cyce day 8. Dan pada Cycle day ke 8 tu juga I kena scan untuk tengok perkembangan telur. As you guys can see. Ovari Kanan ada 6 Follicles. Ovari kiri dah ada 8 follicles. Agak banyak cuma size belum capai yang prof nak. So I continue injection until day cycle day 10. I want to show here result at day 10. Tapi I cari I punya planner ni tak jumpa pula. Haha. Nanti kalau jumpa I upload here ok.
Tips masa stimulation ni, 2 weeks before stimulation and sewaktu stimulation ni, hari hari I buat akupuncture and light exercise. Dari segi pemakanan, avoid makan pedas pedas and fast food. KIWI, AVOCADO, BUAH DELIMA, TELUR PUTIH HARI HARI MAKAN. Apa yang I tahu ia membantu kualiti telur kita.
moga dimudahkan urusan sis..sy pun TTC dah 10 tahun..
ReplyDelete