HSG TEST

Hi ! Alhamdulillah dah selesai HSG test pada 9 / 4. Buat dekat HTAR , tak ada apa apa bayaran yang dikenakan pun. Sebab memang refer kes dari O&G kan. Daku pun redoo jela kena buat. HSG ni kena buat pada hari ke - 10 period. Dan kalau tak silap kalau buat gekat GH, ada hari hari yang tertentu je boleh buat. Macam dekat HTAR , HSG hanya hari Selasa dan Khamis je if im not mistaken. Tu pun sebab borak dengan sorang lagi patient buat HSG jugak. Katanya dia tunggu sampai 3 kali period baru boleh buat. Yela, susah juga sebab nak hari ke-10 period hari selasa dan khamis. Saya ni, kebetulan sangat sangat hari ke-10 period jatuh pada hari selasa. Syukur Alhamdulillah.


Sebelum masuk bilik, Dr. akan bg taklimat sikit tentang procedure HSG ni, so dia akan bagitau dia masukkan apa nanti dekat mahkota kita tu, cecair apa yang dia masukkan dan sebagainya. Dr. cakap juga bila dah buat ni akan rasa tak selesa selama 2-3 hari. Eleh sebenarnya nak cakap sakit la tu kannnn, but she tried to tell in a very good way. Tapi masih tak boleh hilangkan nervous I ok.

Masa I dtg ada 3 orang je yg buat HSG. I orang yang ke-2. Kena buka semua tanpa seurat benang ya. Pakai baju yang untuk x-ray tu saja. Lepastu kena baring dekat katil khas yang ada mesin besar. ada la beberapa orang dr pelatih kat situ. Dalam hati cakap juga jangan laaa dr pelatih yang buat plsss. Tunggu dlm 5 minit dr pun masuk. Fuhh nasib baik bukan dr. pelatih. haha stereotype sgt kann. Bilik tu dia gelapkan sikit ok la takda la malu sangat. Dia keluarkan jarum panjangggg besi panjang omaigod masa ni I dah nangis. Dr start masukkan apa benda besi tah I tak mampu nak tengok. Kena kangkang besar besar weh. Rasa tak selesa sangat. Lepastu dia start suntik air. Masa ni  Ya Allah senaknyaaaaaa. I selalunya period pain tak rasa sakit sangat. Tapi ni rasa lain, mcm nak pecah perut I. Masani I dah genggam tangan nurse kuat kuat. Mcm nak beranak kan hahahahahah. I tanya la dr lama lagi kee sakit sangat ni. Dalam 5 minit mcm tu baru siap. Dah siap diorang terus Xray. Baring kejap dalam 5 minit. Dr bagitau alhamdulliah my fallopian tube is normal. No blockage. Yeay Syukur. Then Dr offer nak MC ke ? Haha gila tak nak. Mesti la nak kann. Tiba tiba I rasa tak sakit dah. Ngilu sikit sikit je. Husband fetch from Hospital belikan makanan sampai petang sebab tak bagi I ke mana mana pun. Dia suruh rehat je. Even ke dapur pun tak boleh. Hahahaha

Dah balik rumah , TIBA TIBA JENG JENG JENG. Perut I cramp lagi kalini even more worst teruk sangat sampai I tertonggeng nangis semua. Sakitnya Ya Rabbi. Seharian layan sakit je. Esoknya alhamdulillah dah ok. Haih itu lah dia. Pengorbanan......

Oh ya 23rd April kena jumpa pakar sekali lagi. Dan masih lagi tunggu date appointment di HUKM. Semoga dipermudahkan urusan kami. Aamiin.



Comments

Popular posts from this blog

HUKM / 1st Appointment / 25.10.19

Last meet up with specialist @ HTAR

First appointment LPPKN @ 10th January 2019