Posts

Showing posts from 2019

HUKM / 1st Appointment / 25.10.19

Image
Assalamualaikum. Lama tak update sebab memang lama bercuti utk fikir TTC , ada rezeki lain yang Allah bg alhamdulillah. Harini I nak story about our 1st appointmment @ HUKM last time. Alhamdulillah everything went well. Appointment jam 10 pagi, Appointment di MAC. ( Medical Assisted Conception ) . MAC ni dia dekat Lobby. Masuk je Lobby (Ground flooor) dia ada dekat sebelah kiri. Kami bawa segala dokumen check up from HTAR dan LPPKN. Sampai dekat counter, akak misi tu sambut kami dengan senyum dan tanya ya ada appointment ke puan? Rasa gembira sebab disambut baik. Masa kami datang tu ada 3 couple tgh menunggu. Nurse tu explain harini kena bayar RM 180 untuk consultation dan TVS. Hadeh kena buat TVS lagi. Walhal I dah bawa semua report TVS. Hmm tak suka betul nak kena cek kat bawah tuu 😭 . Tapi sis redoo. Ok lepas bayar terus ke bilik untuk TVS. Neves juga walaupun dah pernah buat. Lepastu tanya dekat nurse, mcm mana ok tak saya punya ? 😂 lepastu nurse jawab alhamdulillah setakat...

Last meet up with specialist @ HTAR

Assalamualaikum hi. Nak share sikit tentang appointment dengan doctor pakar last time. Lambat update sebab after jumpa doctor I sangat stressed out. Sangat sangat. Menangis saja mengenang nasib. Now dah ada semangat baru. InshaAllah. So fast forward, on 23 April pukul 9 dah terpacak dekat hospital. Mcm biasa ambil nombor bayar RM5 then tunggu turn. Waktu sangat lambat berlalu. Kami tunggu terlalu lama sampai pukul 1130 baru kena panggil. So baru kena panggil tu dah mcm blur blur dah. Sebab penat. Penat menunggu. Dr. keluarkan semua result pemeriksaan husband / wife dan dia terangkan satu persatu. First doktor explained tentang result darah isteri , alhamdulillah hormon semua ok. Tak ada masalah. Pap smear ok no problem. For the HSG test pula dr told my fallopian tube , ovaries, rahim semua cantik. Alhamdulillah. Lepastu turn husband pula, dr tak terus bgtau, tapi dia tanya my husband ‘ u tau tak apa masalah u, sebelum ini u pergi check up di LPPKN , mereka kata apa u punya problem ...

HSG TEST

Hi ! Alhamdulillah dah selesai HSG test pada 9 / 4. Buat dekat HTAR , tak ada apa apa bayaran yang dikenakan pun. Sebab memang refer kes dari O&G kan. Daku pun redoo jela kena buat. HSG ni kena buat pada hari ke - 10 period. Dan kalau tak silap kalau buat gekat GH, ada hari hari yang tertentu je boleh buat. Macam dekat HTAR , HSG hanya hari Selasa dan Khamis je if im not mistaken. Tu pun sebab borak dengan sorang lagi patient buat HSG jugak. Katanya dia tunggu sampai 3 kali period baru boleh buat. Yela, susah juga sebab nak hari ke-10 period hari selasa dan khamis. Saya ni, kebetulan sangat sangat hari ke-10 period jatuh pada hari selasa. Syukur Alhamdulillah. Sebelum masuk bilik, Dr. akan bg taklimat sikit tentang procedure HSG ni, so dia akan bagitau dia masukkan apa nanti dekat mahkota kita tu, cecair apa yang dia masukkan dan sebagainya. Dr. cakap juga bila dah buat ni akan rasa tak selesa selama 2-3 hari. Eleh sebenarnya nak cakap sakit la tu kannnn, but she tried to tell i...

Done Sperm Test

Image
Hai semua. Assalamualaikum. Harini saya rasa nak cut the story short.  So to make it short, semua sperm test kami dah buat dan result dah ada di tangan kami. Semuanya sama which is Azoosperm. Husband pun dah buat blood test dan urine test. Blood test utk tengok hormon dia. While urine tu nak tengok sama ada saluran sperm dia terbalik masuk ke dalam saluran air kencing. Alhamdulillah dalam berjuta juta orang kami adalah insan yang terpilih. Doctor informed, satu satunya cara untuk kami dapatkan zuriat hanyalah melalui rawatan IVF dan ICSI.  Which is suami akan buat pembedahan kecil di zakar dia utk diambil sperm terus dari  zakar in case boleh dapat dengan cara itu, ovum saya pun akan dikeluarkan dan doktor akan inject terus sperm terus ke dalam ovum. Yang ni dipanggil ICSI. TAPIIII, procedure ni hanya boleh dibuat kalau husband I ada at least beberapa ekor sperm masa process pembedahan tu nanti.  Kalau tetap juga tiada, doktor pesan awal awal, jgn sedih, dia akan bg ...

Appointment HTAR @ 31st January 2019

Assalamualaikum semua. Harini adalah hari pertama saya check up di HTAR. Saya seorang saja ya. Suami saya tak dapat hadir masa ni, Tapi masa ni saya dah ada result suami masa kami check up di LPPKN. Which is AZOOSPERMIA tu, saya bawa sekali ke HTAR. First register bayar RM5 saja. Ambil nombor dan tunggu turn. Saaaangat lama. Lebih kurang sejam lebih saya tunggu. Sebaik saja nombor dipanggil, jumpa doktor perempuan, baik sangat, ramah sangat. Kemudian saya tunjuk dekat doktor result suami saya. Doktor tu terkejut eh. Haha. Mungkin sebab tak ramai kes mcm kami. Memandangkan ini adalah first test suami, doktor suruh buat test kali kedua. AGAINN? Yela, sebab dekat LPPKN kan kami kena buat second test pada 20th February. Berapa banyak kali nak buatt. Haihh. Then saya tanya doktor "Nanti saya ada second test juga di LPPKN on 20th February. Boleh tak bila dah dapat result tu kami bawa ke sini?? So tak payah la nak test banyak banyak kali. Then, the doc said "NO" ! Sebabnya...

First appointment LPPKN @ 10th January 2019

On November 2018, walaupun belum cukup setahun berkahwin, tapi saya dah nervous in case saya ada masalah ke apa. So lepas buat banyak research saya decide nak check kesuburan di Klinik Kerajaan dan di LPPKN. Saya terus call LPPKN Jalan Raja Laut untuk buat appointment. Okay, first and foremost kenapa kami pilih LPPKN sbb tgk review okay, dan waiting time tak terlalu lama. Kena call dulu untuk set appointment. Masa saya call untuk set appointment, dia cuma tanya sikit saja dah kahwin berapa lama. Pernah ada history mengandung ke , gugur ke. And then dia terus bagi tarikh for first appointment. Ingatkan waiting time sekejap tapi tidak juga ya. Hahaha. Our first appoinment is scheduled on 10th January 2019. Next, sebab kan rasa  10th January 2019  tu lama sangat,  saya walk in ke Klinik Kerajaan untuk check kesuburan. Alhamdulillah dapat doktor yang sangat okay. Kebanyakan Klinik Kerajaan dia tak layan kalau kita kahwin bawah satu tahun. Alhamdulillah saya dapat referral ...
Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. I dont know how to start but ini kali pertama saya create blog ni. Blog ini cuma untuk berkongsi kisah dan pengalaman saya dan suami dalam mendapatkan cahaya mata kami yang pertama.  Harap dengan kisah saya ni dapat jadi rujukan untuk semua yang ada masalah sama seperti kami. FIRST YEAR MARRIAGE Alhamdulillah kami mendirikan rumah tangga pada December 2017. Seperti pasangan lain, bila berkahwin mesti teringin untuk mendapatkan zuriat. Angan angan saya untuk bunting pelamin. Haha. Tapi tiada rezeki. Selang 3-4 bulan kahwin masih lagi tiada tanda tanda yang saya hamil. On April 2018 saya dah start uji kesuburan menggunakan alat kesuburan. Beli dekat Shoppee je murah. Sebab saya dah start risau in case waktu kesuburan saya tak normal. Tapi untuk pengetahuan semua, period cycle saya tepat. Alhamdulillah. Tak pernah lambat seminggu ke , awal seminggu ke atau tak period langsung dalam sebulan. Saya guna LH strip ni sampai la usia perkahwinan...